Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Bunga-bunga cinta

  • Friday, October 5, 2012
  • Aina Creative Design
  • Labels: ,
  • Wah..romantik gitu tajuknya [sebenarnya tak tau nak bagi tajuk apa]

    Salam kawan-kawan semua..

    Kali ni saya nk share baju raya yg sy sempat jahit baru2 ni. tempahan customer nih. customer ni bagi gmbr dalam majalah dan dia nak saya tiru lebih kurang sama mcm dlm gambar. tp bukan mudah nk tiru gmbr majalah. sbb gmbr tu kecik..walaupun tilik pakai kanta, tp kita masih susah nak nampak jenis manik apa yg digunakan untuk hasilkan design tu. so saya pun pandai2 sendiri jelah..asalkan nmpk coraknya seakan-akan yg dalam gambar.

    Oleh kerana customer saya ni seorang tukang jahit, jadi saya pesan siap-siap supaya bagi baju yg belum dijahit lagi supaya lebih mudah untuk saya sulam. lepas siap sulam, saya pulangkan kain yg dah dipotong ni barulah dicantum menjadi baju. Untuk design yg sarat camni, saya lebih suka wat pada kain yg belum dicantum menjadi baju. Sebab untuk design macam ni, saya lehih suka guna bingkai supaya saya boleh tegangkan kain dan sulaman lebih kemas. Klau baju dah siap tu, boleh jugak buat. cuma sedikit leceh.. Bunga sarat ni saya buat pada bahagian depan baju kurung dan juga lengan.

    Antara manik yang saya guna termasuklah labuci bulat, labuci bentuk daun, manik bulat, dan mutiara.
    Lagi close up bunga labuci..
    macam ni rupanya bahagian depan baju kurung yang dah siap disulam manik. Jenuh tau nak siapkan..mencabar kesabaran sungguh. Hampir 2 minggu jugak nak siapkan. [yelah, saya kan wat part time je lps waktu keje..]

    Ni pulak bahagian lengan baju..

    1 comments:

    Unknown said...

    berminat utk beli MANIK GLASS PEARL..
    sesuai utk baju pengantin n baju kurung..
    add sy d fb..
    http://www.facebook.com/choonlynn