Salam,
Ni plak baju customer untuk pegi keje. Baju rasmi ofis la kiranya. Dia nak yang simple tapi nampak elegen. Puas-puas fikir buat crumble ok kot.. Alhamdulillah dia suka..
Sulam bunga, manik & labuci
Salam,
Ni plak baju customer untuk pegi keje. Baju rasmi ofis la kiranya. Dia nak yang simple tapi nampak elegen. Puas-puas fikir buat crumble ok kot.. Alhamdulillah dia suka..
Salam,
Yang ni baju customer dr Skudai. Dh agak lama jgk. Lupa nk tempek kt sini.. Simple je untuk nak naikkan seri baju nya yang agak pucat.
Salam semua,
Kali ni nak share baju customer untuk raya. Pearl crumble dan bunga chiffon. Bila wassap gambar ke customer, dia cakap macam pakai necklace..Aa kan..baru perasan..
Salam,
Apa khabar semua? Walapun dah hujung-hujung ni tp belum terlambat rasanya nak ucap selamat berpuasa kepada kawan-kawan semua.
Kali ni nak share baju yang baru je siap tempahan Kak Jezlily dari Temerloh..Tempahannya agak last minit, baru minggu lepas. Tapi oleh kerana saya pun tak banyak ambik tempahan tahun ni, so kira bolehlah diusahakan untuk siap sebelum raya.
Kakak ni tak biasa pakai baju ada manik-manik. Jadi saya buat yg lebih simple dan tak over. Takut dia segan nak pakai. So inilah hasilnya, gabungan bunga riben, pearl, akrilik kristal dan manik..
| Antara manik yang saya guna termasuklah labuci bulat, labuci bentuk daun, manik bulat, dan mutiara. |
| Lagi close up bunga labuci.. |
| Ni pulak bahagian lengan baju.. |
Labuci yang bulat2 mcm donat ni sgt limited dan jarang2 je dijumpai. Hari tu jumpa terus beli beberapa paket buat stok. Tp bila pegi kedai cari labuci ni lagi, dah xjumpa dah..xde stok. nape ler boleh xde stok plak kan..cantik tu..
Seperti biasa, mutiara mmg tidak menghampakan dalam setiap design. saya mmg suka guna mutiara sbb nmpk comel dan naik seri. tp tips untuk kawan2 semua, jgn beli mutiara yg ringan. saya selalu beli yg dia tulis GLASS PEARL. yg jenis ni berat sket. lebih bersinar dan warna dia xmudah berkopek. cuba beli yg murah tu, dah ler ringan, brp kali basuh mesti lapisan luar dia akan terkupas. lps tu tinggallah warna putih je mutiara tu.. kita mesti nak hasil jahitan kita tahan lama kan.. so jgn ler beli yg murah. mahal sket xpe. asalkan berkuali.