Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Crumble la sangat!

  • Wednesday, October 5, 2011
  • Aina Creative Design
  • Labels: ,
  • Salam,

    Yang ni pun baju yg customer tempah untuk raya. percubaan untuk buat crumble jugak sebenarnya tapi last2 jadi mcm ni pulak bila jumpa sequin yang besar bulat2 mcm ni. combine dengan mutiara besar mcm cute la pulak kan..? 



    My Crumble.. Baru belajar..

  • Aina Creative Design
  • Labels: , ,
  • Salam,

    Baju ni antara baju yg ditempah oleh customer masa raya baru-baru ni. baju ni kosong warna pink cuma ada corak bunga sikit2 je.. aku pun try2 la wat crumble yg byk design nye aku tgk kat internet. tapi crumble la sgt kan.. mcm tak berapa jadi je.. tapi alhamdulillah customer suka. pastu siap ramai pulak yg tempah nak sama mcm baju ni bila orang tengok hasil yang dah siap kat umah..



    Update:

    Yang di bawah ni pulak baju2 dengan design yang lebih kurang sama seperti yang direquest oleh customer.






    Labuci besar bulat-bulat

  • Aina Creative Design
  • Labels: ,

  • Salam,

    Yang ni pulak antara baju yg ditempah masa raya hari tu.. baju ni agak susah untuk dijahit manik yg lebat2 sebab kain chiffon yg sungguh lembik dan takde isi. bila jahit kain ni senang koyak. bila nak lapik dengan kertas gam, nmpk la pulak bayang2 kertas tu dari luar sebab kain ni nipis. so untuk tidak menghampakan tuan punya baju ni, buat la jugak simple2 menggunakan manik dan sequin yang lebih ringan..
    Labuci yang bulat2 mcm donat ni sgt limited dan jarang2 je dijumpai. Hari tu jumpa terus beli beberapa paket buat stok. Tp bila pegi kedai cari labuci ni lagi, dah xjumpa dah..xde stok. nape ler boleh xde stok plak kan..cantik tu..

    Seperti biasa, mutiara mmg tidak menghampakan dalam setiap design. saya mmg suka guna mutiara sbb nmpk comel dan naik seri. tp tips untuk kawan2 semua, jgn beli mutiara yg ringan. saya selalu beli yg dia tulis GLASS PEARL. yg jenis ni berat sket. lebih bersinar dan warna dia xmudah berkopek. cuba beli yg murah tu, dah ler ringan, brp kali basuh mesti lapisan luar dia akan terkupas. lps tu tinggallah warna putih je mutiara tu..  kita mesti nak hasil jahitan kita tahan lama kan.. so jgn ler beli yg murah. mahal sket xpe. asalkan berkuali.


    Daun2 hijau tanpa bunga

  • Aina Creative Design
  • Labels: ,
  • Salam

    Baju ni sebenarnya agak lama dah siap..sblm puasa lagi. tp baru nk upload. Yg ni customer bagi gmbr dari majalah dia nk wat sama mcm dlm gambar tu. tapi gmbar dalam majalah kan tak jelas sgt. cuma boleh nmpk la bentuk dia tp tak leh nmpk jenis manik apa yg dia guna. so gini lah hasilnya lebih kurang..untuk seri, kita letak lah kristal akrilik sikit2.



    Bunga Sequin dan Dedaun Hijau 2

  • Saturday, August 13, 2011
  • Aina Creative Design
  • Labels:
  • Salam,

    Antara baju yg baru siap untuk tempahan raya. manik dan labuci kat lengan baju kurung.


    Bunga Sequin dan Dedaun Hijau

  • Sunday, August 7, 2011
  • Aina Creative Design
  • Labels: ,
  • Salam,

    Tahun ni aku byk buat design bunga sequin. Entah rasa mcm cepat siap dan cantik. yang ni aku combine dgn mutiara besar, akrilik stone dan dedaun hijau.. cepat gak siap baju ni..

    Bunga Sequin Mewah 3 layer

  • Aina Creative Design
  • Labels:
  • Salam,

    Agak lama tidak update kan? sbb bz dgn tempahan raya. tapi tahun ni xambik byk sgt tempahan mcm tahun lps. sbb mcm xlarat je nk jahit byk2 dgn kerja ofis pun bertimbun2 dan aktiviti student yg byk jgk. yang ni baju edisi raya yg org tempah. dia nak glamor sket baju dia ni..kat lengan je. oleh kerana corak di baju corak bunga besar2, so aku pun wat bunga sequin besar jgk la 3 layer lagi.. harap2 customer ni suka.. sori gmbr di bwh agak blur sket..


    Baju cik puan kirah

  • Sunday, July 3, 2011
  • Aina Creative Design
  • Labels: ,
  • Salam,

    Ni baju regular customer, Kak kirah. entah dah brp belas pasang baju dia aku manikkan. tp yg ni aku buat simple2 je.


    Kristal bling-bling

  • Friday, July 1, 2011
  • Aina Creative Design
  • Labels: ,
  • Salam,

    How about this one? nica tak? Manik + labuci + akrilik stone + mutiara.

    Bunga sequin mewah

  • Aina Creative Design
  • Labels:
  • Salam,

    Ni baju customer yang baru siap. Antara baju yang ditempah untuk raya. Bunga sequin dan dedaun hijau di lengan dan leher mini kurung. Layankan k..





    Bila Tulang Ikan Bertemu Sequin Bunga Bhg 2

  • Aina Creative Design
  • Labels:
  • Salam,

    Bila tulang ikan bertemu sequin bunga bahagian 2. Actually aku jarang ulang design yang sama untuk lebih dari 1 baju. so boleh dikatakan setiap baju yg aku manikkan xde yg sama. Tapi lately macam malas je nak survey or reka design baru. recycle design yg dah ada je. xpe, utk customer yg berbeza xsalah kan..Layankan..


    Bunga Labuci dan Dedaun Hijau

  • Aina Creative Design
  • Labels:
  • Salam,

    Layankan gambar baju yang baru siap. Yang ni labuci dan lengan baju kurung. Aku tibai je designnya di saat malas nak reka design baru. Bunga sequin 6 kelopak dan dedaunan hijau. simple dan cepat siap.


    Manik Outline Sempoiii

  • Wednesday, June 29, 2011
  • Aina Creative Design
  • Labels:
  • Salam

    Yang ni manik outline di lengan baju kurung yang simple. Sesuai dengan bajet customer.
    Layankan...

    Bila Tulang Ikan Bertemu Sequin Bunga

  • Aina Creative Design
  • Labels:
  • Salam,

    Sebenarnya waktu nak jahit baju ni, aku mcm blur xtau nk wat design apa.. baju ni takde corak bunga, so mcm xsesuai la plak kan wat bunga2 sequin. nk wat tulang ikan je mcm simple sgt.. last2 aku try2 main dgn sequin bunga ni mcm ok la plak.. tadaa... inilah hasilnya. 3 jam dah siap. hehehe...

    Blog baru

  • Aina Creative Design
  • Labels:

  • Salam,

    Sebenarnya takde la baru pun.. Cuma Aina Creative World dah bertukar ke aina, manik & labuci. Tujuannya supaya senang sket jumpa klau orang google pasal manik atau labuci. So, lepas ni kat gmbr aku akan letak watermark logo di atas. Jika ada kelapangan aku akan selalu update blog ni..

    Happy browsing everybody..


    Bunga Labuci Yang Menawan

  • Aina Creative Design
  • Labels: , ,
  • Salam,

    Perghhh, apa nak jadi la aku ni. blog asyik berhabuk je. Sorry la ye blog, aku sungguh bz sampai xde masa nak update blog.

    Baju kali ni aku nak tunjuk baju aku sendiri. Baju ni sebenarnya baju raya aku, tp biasalah sibuk dok manikkan baju orang, baju aku sendiri beraya tanpa manik...huhu...tapi selepas 2 tahun baju ni aku manikkan sbb nak pegi kenduri kawen kwn baik aku kat Taiping bulan 12 hari tu. akhirnya siaplah baju ni dengan maniknya..alhamdulillah..

    Yang ni aku guna sequin, manik dan akrilik stone. combination hijau dgn oren mcm cantik la pulak.

    So enjoy..


    Labuci Simple di Lengan Baju Kurung

  • Saturday, March 5, 2011
  • Aina Creative Design
  • Labels:


  • Perghhh.... dah berhabuk blog aku ni..

    Lama xupdate kan? Sebab mcm malas je nak update blog. Tak tau nk tulis apa.. aku upload jelah gmbr2 baju yg sempat dijahit manik walaupun jadual harian yg padat. baju ni manik dia simple je. sbb tempoh yang diberi dlm 2 hari je. tuan dia nak pakai cepat. lps puas kena pujuk, akhirnya aku setuju jgk nak jahit baju ni. so simple jelah hasilnya..